I made this widget at MyFlashFetish.com.


Tuesday, June 21, 2011

Leadership Talk & Deklarasi Mahasiswa Indonesia-Malaysia 2011

Tarikh / Hari: 18 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat: Kedutaan Besar Republik Indonesia, K.L













Program Khidmat Masyarakat 2011

Anjuran: Persatuan Pascasiswazah (PERCAS)
Peserta: Pelajar Program Pengajian Siswazah
Tempat: PDK Gedangsa, Selangor
Tarikh: 04 April 2011 















Wednesday, March 2, 2011

Kursus Model Pengukuran Rasch

PERHATIAN KEPADA PELAJAR SISWAZAH, UPSI

Institut Pengajian Siswazah akan mengadakan kursus Model Rasch dan berikut adalah butiran lanjut mengenai kursus berkenaan :

Tarikh: 4 hingga 5 Mac 2011 (Jumaat - Sabtu)
Tempat: Bilik Latihan 1, Blok C, UPSI
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Penceramah: Y. Bhg. Dr. Azrilah Abdul Aziz, Integrated Advanced, Planning Sdn. Bhd.

Objektif kursus ini ialah :
  1. Model Rasch membolehkan pengukuran dibuat dalam satu skala garis lurus hasil pemerhatian sesuatu kejadian atau 'event' seperti kadaran Likert atau Guttman dalam sesuatu soal-selidik, penilaian kualiti kehidupan dan sebagainya.
  2. Model Rasch berupaya menjawab beberapa persoalan penting di dalam sesuatu proses pengukuran sama ada data respon yang diterima adalah sah ataupun tidak. Maka demikian, Theorem Rasch dapat menentukan kesahihan sesuatu instrumen pengukuran yang digunakan.
  3. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada Analisis Rasch, huraian kepada penemuan statistik dan penerangan 'output' peta hasil interaksi responden dengan item (soalan) penilaian berkenaan. Pengenalan kepada pelaporan hasil daripada pemerhatian dan penemuan Analisis Rasch juga akan ditunjukkan.
Untuk makluman Tuan/Puan, yuran adalah percuma dan peserta digalakkan untuk membawa data dan Borang Kaji Selidik masing-masing. Untuk sebarang penyertaan kursus sila hubungi En. Mohd Azuwan (5491/5490) atau datang sendiri ke Pejabat Unit Pentadbiran dan Kewangan, Institut Pengajian Siswazah.  

Tempat terhad kepada 14 orang pelajar yang mendaftar awal.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

NOTIS PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DI DALAM MYUPSI PORTAL

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH. ANDA DIMINTA SUPAYA MENGEMASKINI MAKLUMAT BERIKUT:

STUDENT INFO 1
STUDENT INFO 2
RELATIVE (MAKLUMAT 2 ORANG WARIS)
MAKLUMAT PEKERJAAN

KEGAGALAN PENGEMASKINIAN MENYEBABKAN PIHAK IPS TIDAK DAPAT MENGHUBUNGI ANDA SEKIRANYA BERLAKU PERKARA KECEMASAN.

ANDA JUGA DINASIHATKAN SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI PERKARA INI SUPAYA SEGALA URUSAN YANG BERKAITAN TIDAK TERGANGGU.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

UNIT AKADEMIK 1
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

Tuesday, February 15, 2011

SIRI SEMINAR ISU GLOBAL 2/2011 (How to Protect Online Identity)

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Butiran program tersebut adalah seperti berikut:
Penceramah:
En. Aaron Ikram Mokhtar
(Senior Executive, Outreach Department, CyberSecurity Malaysia)

Tarikh / Hari: 23 Februari 2011 (Rabu)
Masa: 02.30 petang hingga 04.00 petang
Tempat: Dewan Sri Tanjong, Universiti Pendidikan Sultan Idris

SEMINAR KAUNSELING SILANG BUDAYA

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Adalah dimaklumkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA) akan mengadakan Seminar Kaunseling Silang Budaya 1 Malaysia dengan tema "Kaunseling Pelbagai Budaya Asas Keharmonian Multi-Etnik" yang akan diadakan seperti butiran berikut: 

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu) 
Masa: 7.45 pagi - 5.00 petang 
Lokasi: Auditorium Utama, UPSI 


Yuran:
Staf Akademik UPSI : RM100.00
Pelajar Pascasiswazah (IPTA/IPTS) : RM100.00
Pelajar Prasiswazah (IPTA/IPTS) : RM30.00
Peserta Luar : RM 100.00
Guru Sekolah : RM50.00

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Mariyamah bt. Sainudin : 017-6407460
Cik Sharifah Noor Shahan bt. Syed Bidin : 013-9862080

Emel : seminarkaunselingbudaya@gmail.com

SEMINAR SEHARI PENYELIDIKAN 2011 FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI

Seminar ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga fakulti khususnya dan warga universiti umumnya untuk membentangkan hasil penyelidikan yang telah mereka jalankan. Seminar ini akan diadakan seperti butiran berikut : 

Tarikh: 7 April 2011 
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang 
Lokasi: Dewan Sri Tanjong, Universiti Pendidikan Sultan Idris 
Tema: "Transformasi Masyarakat dan Persekitaran" / "Social Transformation and the Environment" 
Yuran: Tiada yuran pendaftaran dikenakan 


Maklumat lanjut:
Prof. Dr. Chang Lee Hoon : 05-4505019 / changlh@fsk.upsi.edu.my  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dr. Fauziah Che Leh : 05-4505132 / fauziah@fsk.upsi.edu.my  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Pn. Kalsum Umar : 05-4505141 / kalsum@fsk.upsi.edu.my